Diari Kehidupan Insan
Begitu kelam malam
yang suram,hatiku luluh dalam titisan air mata,melihat dirimu berjasad
kaku,kelopak mataku mula menangis,saat terbayang ukiran senyumanmu,dihiasi
tirai pelukan cintamu.........wahai mutiara insan,engkau membesar umat dunia,tanpamu
manusia binasa sengketa,semuanya lapar,dahaga,letih merana....
Dulu..........saatku
mula menangis engkau mengusap kepalaku,saatku ingin dilayar mimpi kau biarkan
ku terlena di sisimu,sanggup dirimu berjaga malam,menemani diriku ditangisan
malam,tepukan lembutmu menyambung semula mimpi indahku,saatku mula mengerti
dunia,engkau mengajarku satu persatu,abjad terawal hingga terakhir,nombor 1
hgga 10,dari alif hgga ya,dari perkataan ke perkataan,bermula aturan susunan
ayat,hingga karangan sempurna,senyuman gembira terukir dibibirmu...........
Ketika mana mula menjejak
langkah,menghadirkan diri ke alam persekolahan,engkau mengejutku agar
bersolat,engkau siapkan pakaian untukku,sarapan terhidang hasil keringatmu,ku
lahap semuanya bersama kesyukuran,kau iringiku melangkah ke sekolah,memegang
tanganku selembut kasih saying,tidak kira panas atau sejuk,terik@hujan,kau
pegang tanganku dari rumah ke meja kelas,engkau pergi bersama doa,tinggalkn aku
utk bljr,dtg smla mjmputku plg,walaupun letih menyaluti tbuhmu............
Aku temuduga alam
remaja,sedikit demi sedikit memahami dunia,engkau menyokong dari belakang,aku
terus maju ke hadapan,engkau membimbing setia di sisiku,aku menyahut setulus
ikhlasku,tapi krna skp brubh,setitik demi setitik hatiku bertompok hitam,aku
mula berubah..........
engkau bimbang akan
diriku,aku langsung tidak mempedulikan mu,aku mula terikut rakan,aku mula
tinggalkn rumah,aku mula kehilangan adab,terjebak dalam kehinaan,di belenggu
hasutan syaitan,padahal ketika itu,engkau menangis siang dan malam,lantas
mengucap kalimah ampun,dalam doamu kau ampuni aku,aku langsung tidak
tahu...........
sedang aku
bergembira,memikirkan keindahan perhiasan dunia,terbaca risalah rintihan
seorang ibu,aku menghayati satu persatu,makin di baca makin sayu,makin dihayati
makin pilu,terasa sesuatu di benak kalbuku,terbayang daku raut wajahmu,wajah
suci berkulit bersih,berpakaian telekung serba putih,dalam mimpiku engkau
hadir,melafazkan ucapan di lorong hatiku............
anak ku..ibu
merinduimu,ibu amat mengasihimu...pulanglah ke pangkuanku,rasailah sesuap air
tangan ibu,selesalah tidurmu dalam usapanku,bangun lah bersama suara ibu,anak
ku.........ibu sudah tua,dari kecil ibu membelaimu,ibu rindu ucapan
sayangmu,ibu rindu ukiran senyuman mu,ibu rindu kelembutan tanganmu,ibu rindu
suara manjamu,kembalilah........kembalilah kepada ibu........”
satu malam ibu kunjungi jiran,menolong menyediakan ketupat
raya,dihidangi juga rendang yang kusuka,engkau jahitkan baju untuk ku,mengharap
ku pulang memakai pakaian baru,walaupun bertahun2 kau ulangi perkara yg
sma,mengharap aku pulang bersama,walaupun bertimbun baju baru,baju yang masih
berbau wangi,engkau tetap menjahit baju baru,semata2 menunggu ku pulang,jiran
menyifatkan anak mu ini jahil,engkau membelaku seperti ku di sisi,jiran memaki
anakmu ini,engkau menafikan semua itu,semuanya kerana aku anakmu yg tidak
pernah pulang menjenguk ibu,tapi kau pertahankan aku,seperti aku sedang memeluk
anggotamu.....
aku tersedar dari bayangan,ingati semula kayangan indah,sinaran
wajahmu terangi malam,harum mewangi kelilingi mahligai,bulan purnama kembali
suram,menambah luka terulit duka,aku ingati kesalahanku,aku sesal
perbuatanku,menjauhi ibu mendekati nafsu,sudah lama tidak mendengar suara
ibu,suara yang mengejutkan aku,suara yang memujuk,suara yg pnh bersyair sebelum
tidurku,sudah lama aku tdk melihat ibu,dari rmja hgga bkerja,apakah ibu
sihat@sebaliknya............
perasaan hiba menemani aku,dalam perjalanan pulang menuju
ibu,tidak terasa perlahan@laju,juga pandu @pun tdk,segalanya keranaku merindui
ibu,aku mula mencari halaman di situlah kenangan bersama ibu,terpandang kiri &
kanan,aku dikelilingi ingatan lalu,sawah itu ku ditemani ibu,sungai tu ku
ditemani ibu,pohon itu ku ditemani ibu,tiada tmpt lain yang tiada ibu,ibu bnr2
menyayangi diriku...........................
p/s: menyelami hati insan yang memerlukan kasih sayang IBU..memahami hati insan yang perlukan belaian ibu..ayuh sayangi ibu kite selagi ibu masih bersama kita..yang jauh..balik la menjenguk ibu..yang dekat jangan lah mnyakiti ibu...
rindu mama yang berada di kampung....
No comments:
Post a Comment