
Angin yang berpuput lembut sepoi-sepoi bahasa menampar pipi Ziyad Zulkarnain. Dia bagaikan menahan angin itu dan merasa nikmatnya dan kemudian dia melepaskan perlahan-lahan untuk mencari sebuah ketenangan.
Hasya Aurora memejamkan matanya. " Jodoh pertemuan tiada siapa yang menjangkakan".
................................................................
"Hasya, sudikah awak menjadi suri hati hidup saya yang menyempurnakan kekurangan dan menjadi makmum saya?" masih terngiang soalan itu di benaknya.
“Maaf Ziyad, saya tidak dapat menerima lamaran awak.” tolaknya sambil menundukkan wajah.
“Kenapa?” berkerut dahi itu menanti jawapan.
“Sebenarnya....sudah ada yang datang merisik, lalu melamar saya sebelum awak menyatakan hasrat ini.” jelas Hasya.
“Dan awak menerimanya?" ,sekali lagi dahi itu terukir garisan persoalan bersama kerlipan mata yang menahan titisan hiba, mungkin boleh menitis bila-bila masa.
Hasya....mengangguk perlahan dan hanya mampu mengukir senyuman. Senyuman yang dikuatkan. Senyuman keredhaan dan senyuman yang penuh kepasrahan.
“Itu satu lamaran yang tidak mungkin saya tolak Ziyad.”sambungnya.
“Siapa dia? Siapa lelaki bertuah itu?” Ziyad bertanya.
“Untuk apa awak nak tahu?” balasnya.
“Persis apa lelaki itu dan bagaimana dia berjaya membuka pintu hati awak.” soalnya bertubi-tubi.
"Dia tidak membuka pintu hati saya Ziyad malah Allah menggerakkan hati ini untuk menerima lamaran itu," jawabnya.
Terngiang-ngiang di benak Ziyad akan apa yang dikatakan Hasya sewaktu melamarnya bulan lalu. Tiap bait kata yang keluar daripada mulut Hasya berlegar-legar di fikirannya dan saat itu juga mutiara jernih laju menuruni pipinya. Dia benar-benar lemah dalam pencariannya. Betapa hati lelakinya tidak dapat menopang perasaannya tika ini.
“Cinta tidak harus memiliki”… kalimat keramat bergema.
Tiba-tiba madah cinta itu menerobos masuk ke corong telinganya lantas mendongakkan kepalanya. Suasana bilik yang malap membuatkan dia sukar untuk melihat dari mana datangnya arah suara itu.
Dia terkejut apabila bahunya di sapa. Rupa-rupanya Aril Irham, sahabatnya.
“Tengku Ziyad Zulkarnain Bin Tengku Zaa'rim,” Aril menyebut nama itu dengan penuh maksud tersirat lalu menyambung katanya.
“Untuk apa ditangisi pada jodoh yang belum pasti?,”katanya lagi.
"Aku terlalu mencintainya Ril. Justeru itu, aku melamarnya namun lamaran ku di tolak,"hiba.
"Lamaran ditolak bukan bermakna dunia kau sudah gelap Ziyad,ada insan lain mungkin menantimu,"nasihat Aril.
“Namun tidak sama dengan bunga yang satu ini,” Ziyad berkata lagi dalam lirih suaranya.
Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir, membasahi pipi. Semakin lama, semakin deras.
Suasana bilik itu kembali kaku seketika. Hanya keheningan menggamit suasana.
"...aku...aku merasakan tidak sekuatnya Ril," Ziyad kembali bersuara memecah kesunyian. Suaranya serak dan tersekat-sekat menahan esak tangis. Sungguh berat dirasakan ujian yang menimpa dirinya.
"Allah itu tidak jauh, bahkan sungguh dekat…Bukankah dia sudah berjanji akan bersama-sama dengan mereka yang sabar...." Aril menerangkan lagi agar sahabatnya itu tenang setenang air di lautan Hindi.
***Setahun yang lalu ***
Tengku Ziyad Zulkarnain terpana akan kecomelan dan kecantikan gadis di hadapannya. Dalam hatinya terdetik, comel sungguh bidadari depan aku ini. Tersenyum-senyum dia mengingatkan sebaris ayat itu.
Hasya memandang lelaki dihadapannya itu, Kacak juga lelaki ini. Pelajar ke Pensyarah ni? Kalau pelajar boleh aku 'tackle'. Ya Allah apa yang aku merepek ini.
Hasya menghadiri satu sesi temuduga untuk melayakkan dirinya dipilih sebagai ahli dalam berpersatuan, baginya di Universiti bukan sahaja menimba ilmu akademik malah sahsiah juga perlu untuk melatih diri agar lebih yakin dan berkemahiran.
"Nampak keseriusan Encik ni.. Apepun akak yang sebelah dia sangat comel dan lembutnya berbicara. Dia perkenalkan dirinya sebagai kak Ara.
Alhamdulillah, lulus temuduga dan aku diterima masuk. Di sini aku mula belajar kesibukan dan keluarga inilah yang mewarnai kehidupanku seperti teddy bear tujuh warna pelangi impianku.
Sambil tergelak menuturkan bicara ini.
“terkadang CINTA itu ibarat matahari, sentiasa membara dan menyinar..kadang -kadang pula CINTA itu seperti awan mendung pasti melanda..CINTA di ibaratkan seperti bulan,
banyak yang mengatakan bulan itu indah..tapi kenyataannya ia tidak seindah itu.
Kadang-kadang pula CINTA itu seperti bintang-bintang indah berkerlipan di malam hari..tapi sayang ia jauh di langit sana...CINTA juga ibarat
pelangi indah mewarnai hari-hari bersama”,Hasya amat meminati dunia penulisan
sedari dia menginjakkan kaki ke sekolah menengah sehinggalah sekarang.
“Saat berprogram itu indah,"
Bait-bait ini sering ku tuturkan kerana kenangan itu akan tetap kukuh tersimpan di sanubari dan lubuk hati yang dalam.
Kisah menggugat hati bermula di sini…
Dalam diam mengagumi kredibilitinya bekerja. Walau dia juga pelajar namun dia tetap amanah
dengan kerjanya. Malu itu bunga diri dan itu tetap ku sematkan dalam diri ini. Selayaknya juga
wanita,malu untuk aku bertegur sapa dengannya. Namun setelah mengenali aku tahu persis lelaki ini. Menara gading saksi pertemuan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun.CUTI SEMESTER pun bertamu.
***FEBRUARI 2016***
Akhirnya cuti semester melabuhkan tirainya. Tirai Semester Enam di Tahun Akhir Pengajian menjengah menampakkan sosok dirinya. Aku kembali ke kolej bagi meneruskan sesi
kuliah ku yang terakhir bagi menamatkan pelajaranku.
“Hai Hasya,” Zulaikha sahabat ku sedari tahun pertama pengajian menyapaku.
“Aku menoleh ke belakang lalu tersenyum lantas memeluknya dengan erat”. Seperti sudah lama tidak bertemu bagaikan tiga tahun lamanya tidak berjumpa dengan si genit ini.
Aku bersama Abah menjemputnya di lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA).
Alhamdulillah kami masih di beri peluang mendapat penempatan di dalam kampus. Kuliah kami pun bermula dan masa senggang kami tetap di isi dengan tugasan kumpulan dan segala bentuk program. Hiburan hanya pada gurauan senda dan hilai tawa.
Pada suatu saat bila salah seorang lemah dan tidak mampu meneruskan, sahabat inilah yang
mendukung semangat agar ia bangkit.
"Amni bangunlah dan bangkitlah semula, perjalanan kita masih jauh yang menuntut semangat yang tinggi untuk memperjuangkannya," Lia memberikan kata-kata berbaur semangat.
“Aku dah tak mampu,”. Katanya dalam tangisan bergema.
“Kau mampu kerna adanya kami,” Aku menyampuk sambil menenangkannya. Zulaikha juga menganggukkan kepala tanda bersetuju.
Setelah keadaan kembali tenang, kami berlalu menuju ke kafe bagi mengisi perut yang sedari tadi
berkeroncong minta di penuhkan. “Ibarat kereta yang tersengguk-sengguk kehabisan petrol”…
Subuh menjelang….
Ku nikmati udara segar, Subhanallah begitu menyejukkan. Ku hela nafas panjang agar udara itu
meresap ke dalam tubuhku. Setelah usai mengerjakan perkara wajib, aku terus sahaja bersiap untuk
ke medan ilmu.Syahid kecil dalam pencarian ilmu.
…Ketika menunggu bas…
“Assalamualaikum Hasya,saya nak jumpa awak,” Satu pesanan melalui “whatsapp” ku terima.
“Waalaikumusalam, selepas kelas saya jumpa awak,” pesanan itu terus ku hantar.
Kegusaran melanda hati berdebar-debar, entah mengapa ku rasakan seperti itu. Kelajuan hantung tak usah cakap, laju semacam jer... Namun aku perlu menjaga batasku kerana aku sudah bergelar tunangan orang.
***Sebulan yang lalu***
Aku menerima panggilan telefon daripada ibu.
“Assalamualaikum anak ibu,”.Ibu menyapa ku dengan salamnya.
“Waalaikumusalam ibu,”. Jawab ku dengan nada gembira.
“Esha sihat?’. Tanya ibu membahasakan nama manjaku.
“Sihat bu, ibu pula?” jawabku dengan pertanyaan juga.
“Ibu sihat, sebenarnya Esha, ibu ada benda penting nak beritahu kat Esha ni.” Nada ibu sungguh-sungguh.
“Benda apa ya bu?” Di benak ku penuh tanda tanya.
"Ada satu keluarga yang baik datang ke rumah berhajat untuk memetik Esha buat putera mereka.
katanya dah berkenan sangat dengan Esha.”Ibu maklumkan padaku. Ibu menyambung lagi.
“Ibu dan Abah dah setuju dan mereka ada meninggalkan tanda.”Jelas ibu.
Esha dengar ibu tak? Esha terima ya nak. Ibu lihat keluarganya juga baik-baik belaka. Mohon ibu.
Jantungku seolah-olah terhenti. Nafasku tersekat-sekat. Kenapa ibu menerima tanpa berbincang denganku terlebih dahulu. Ini menyangkut masa depanku.
Tanpa ku sedari air mataku mengalir,empangan punah, tidak dapat ku seka.
"Ibu, apa yang terbaik buat Esha, Esha terima bu," aku menguatkan diri apabila mengeluarkan kata-kata yang sungguh berat untuk ku luahkan.
“Terima kasih nak, Esha anak yang baik,Jun depan dah majlis, kata pihak lelaki nak majlisnya
dipercepatkan tak sabar menerima menantu katanya.”kedengaran suara riang ibu di kejauhan,
“Jun depan??” blurr….blurr..blurr…
Malam itu mataku tak dapat ku lelapkan. Cinta dalam diamku terpaksa ku kuburkan. Maafkan aku Ziyad kerana cinta ini tidak dapat untuk ku luahkan. Biarlah ia tersemat kukuh di lubuk hati yang dalam.
Istikharah… Ya Istikharah perlu ku lakukan demi mencapai sebuah keputusan besar dalam hidupku.
Lantas..aku bangkit dari kamarku…
Aku mencapai telekung lalu sejadah ku hamparkan.
Aku menunaikan solat sunat istikharah. Kekhusyukan ku perlukan tika ini.
Solat sunat pagi ini aku masih terbawa-bawa dengan perasaanku ,sayu,rindu,bercampur baur beberapa kali menitiskan air mata. Betapa berat ujian ini
Ya Allah.
Ya Allah.
Usai solat ku menadah tangan berdoa..
“ Ya Allah aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMU, aku mohon
ditakdirkan yang baik dengan kudratMU,aku mengharapkan kurniaMU yang besar,Engkau maha
kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau maha tahu semua yang ghaib dan yang
tersembunyi. Ya Allah jika hal ini (jodohku) adalah baik bagiku, bagi agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa akan datang,takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku
berkah daripadanya. Tetapi jika dalam ilmuMU hal ini (jodohku) akan membawa bencana bagiku
dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa
akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.” Amiin…
(Hasya menangis sendu dalam doanya..Air mata itu tidak dapat dibendung lagi…)
Jam menunjukkan ke angka 9, Hasya bergegas ke dewan kuliah. Selesai kuliah dia terus ke perpustakaan. Pagi hingga ke petanf harinya diisi dengan kesibukan bagi menyiapkan Latihan Ilmiahnya. Menjelang senja, dia kembali ke kediamannya seperti rutin hariannya.
Selesai solat maghrib. Dia duduk di birai katil lantas terfikir akan perkara itu.
“Ya Allah, betul kah itu jawapan istikharah ku.”
Dia melakukan istikharah tiga hari berturut-turut dan jawapan yang sama dalam istikharahnya. Adakah itu petanda terbaik buatnya?
Dengan kekuatan yang dia ada, dia mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat dial.
Dia menelefon ibunya di kampung.
Belum sempat memberi salam ibunya terlebih dahulu bersuara dan memberi salam.
“ada ape anak ibu telefon malam-malam ni?’
“Tak boleh ke bu,” jawabku seumpama merajuk hati.
“bukan macam tu, anak ibu ni kan sentiasa sibuk mengalahkan menteri,” ibu berseloroh. Terdengar
tawanya di corong telefon.
“Ibu, Esha balik hujung minggu ini untuk persiapan perkahwinan Esha,”. Kataku penuh yakin.
“Betul ni?” Tanya ibu meminta kepastian.
“Perkahwinan Esha, biarlah Esha bertanggungjawab bu, inilah hadiah buat ibu dan abah.”
“Terima kasih Esha, ibu yakin dia lah pilihan terbaik buatmu nak yang akan membimbingmu ke
syurga Firdausi.” Sebak suara ibu menahan tangis.
“Tak lama lagi anak ibu ini dah jadi milik orang, tak boleh lagi manja-manja dengan ibu tau,” ibu mengenakan aku.
Berlinang air mataku. Betapa aku akan menamatkan zaman bujangku di usia muda. Periuk kuali
belum benar-benar ku kenal apatah lagi masakan-masakan belum sempat ku khatam daripada ibu.
Selepas mengetahui aku telah menerima lamaran orang lain, Ziyad langsung tidak kelihatan. Adakah dia membawa rajuk di hati? Di manakah dia berada kini? Hanya
kemaafan ku pinta atas penolakkan itu Ziyad. ini juga jawapan istikharahku untuk menerima lamaran tersebut. Hatta aku pun tidak pernah bertemu dengan
lelaki tersebut.
lelaki tersebut.
*** Pulang ke kampung***
“Anak perempuan abah dah balik,” sapa abah kepada ku lantas ku menyalami tangan tua itu.
Aku lalu menuju ke dalam rumah mencari kelibat ibu. Nun di sana ku lihat ibu sangat sibuk menyusun atur pelaminan indahku.Ibu memahami citarasa ku.Ibu insan yang gembira tika ini.
Aku menghampiri ibu. Lalu memeluknya. Terperanjat ibu. Namun ibu membalas erat pelukanku.
*** Hari Pernikahan***
Aku merasakan debaran kian memuncak. Mak andam mendandan rias wajahku juga tak senang
duduk apabila aku pusing sana pusing sini.
“Esha tenang- tenang bole tak? Sikit lagi nak siap ni, tak ke mana juga bakal suami kamu tu,”
tersenyum-senyum Mak Cham mengenakan aku.
Aku menarik muncung sedepa. Merajuk…
Ibu masuk ke bilik ku. Lalu ibu mendekatiku. Anak ibu ni dah besar panjang rupanya. Esha ,ingat pesan ibu, jadi isteri yang baik, dengar kata suami selagi tidak melanggar syariat, jangan derhakainya ya nak.
Mendengar nasihat ibu,bergenang air mata di kelopak mata ku.
“In shaa Allah bu,Esha akan pegang nasihat ibu.” Kataku mengulum senyum.
Terdengar riuh suasana di ruang tamu rumah. Sepertinya rombongan pihak lelaki telah bertandan.
Aku duduk di pelaminan nikah sambil ditemani sahabat-sahabatku. Sedarinya aku tidak memandang sekeliling kerna kegalauan hati tika ini.
Sayup-sayup aku mendengar suara abah bergema mewalikan aku.
"Aku nikahkan akan dikau dengan anakanda ku Hasya Aurora Binti Hashim dengan mas kahwin senaskhah al-Quran,".
“Aku terima nikahnya…” lelaki itu melafazkan akad.
Lafaz Ijab dan Kabul dilafazkan kesekian kalinya dengan sekali lafaz.
Kini sah sudahlah aku bergelar isteri buat suami ku baru beberapa minit lalu.
Aku melihat lelaki itu datang dekat menghampiriku. Tangannya di hulur lantas ku menciuminya. Dia memegang dagu ku dan lalu ku mendongak dan tika itu aku tidak mampu berkata sepatah apapun
kerna di hadapan ku ini… suami ku ini adalah insan yang amat ku kenali. Benarkah dia? Mata ku
tidak menipu?...atau seseorang persis si dia?
“Terima kasih Isteriku, menerima diri ini menjadi imammu,” Ziyad memegang ubun-ubunku dengan penuh kasih.
“Macam mana awak boleh ada di sini, saya menerima lamaran orang lain?”. Tanyaku penuh
kebingungan.
“Lamaran keluarga awak terima adalah lamaran dari ummi dan abi,” dia memberi pengertian
padaku.
“Allahuakbar, ummi dan abi adalah ibubapa awak Ziyad? Air mata ini tumpah membasahi pipi. Ini air mata kegembiraan.
“Selepas sayang tolak lamaran abang, abang sangat sedih dan tidak mampu berbuat apa-apa, namun abang mendapat perkhabaran bahawa ummi dan abi telah melamar seseorang terlebih
dahulu buat abang, dengan rasa kecewa ketika itu, abang bersetuju sahaja dengan tindakan ummi dan abi, dan pada hari ini barulah abang mengetahui isteri abang ini adalah awak Hasya Aurora orang yang abang amat cintai. Abang bersyukur Allah mendengar doa abang. Dia menganugerahkan hadiah terindah.. iaitu awak sebagai suri hati abang Hasya.” Ziyad menutur bait kata-kata dengan penuh keikhlasan sayup-sayup menerjah ke pendengaranku.
“Terima kasih ya Allah atas jawapan ini, buat ibu abah ummi dan abi anakanda hulurkan jutaan kasih sayang.. buat abang… Benar si dia(Ziyad) jawapan istikharahku.
Ziyad...memegang erat tanganku. Di jari ini lah tersematnya cincin tulus kasihnya..namun di hati ini
telah terbit kasih dan sayangnya. Dialah zauj ku pemimpin ku ke syurga abadi.
In shaa Allah…
*** suasana gembira menyelubungi***
TAMAT