Wednesday, 28 September 2016

Jawapan untukmu

Angin yang berpuput lembut sepoi-sepoi bahasa menampar pipi Ziyad Zulkarnain. Dia bagaikan menahan angin itu dan merasa nikmatnya dan kemudian dia melepaskan perlahan-lahan untuk mencari sebuah ketenangan.

 Hasya Aurora memejamkan matanya. " Jodoh pertemuan tiada siapa yang menjangkakan".

................................................................

"Hasya, sudikah awak menjadi suri hati hidup saya yang menyempurnakan kekurangan dan menjadi makmum saya?" masih terngiang soalan itu di benaknya.

“Maaf Ziyad,  saya tidak dapat menerima lamaran awak.”  tolaknya sambil menundukkan wajah.

“Kenapa?” berkerut dahi itu menanti jawapan.

“Sebenarnya....sudah ada yang datang merisik, lalu melamar saya sebelum awak menyatakan hasrat ini.” jelas Hasya.

“Dan awak menerimanya?" ,sekali lagi dahi itu terukir garisan persoalan bersama kerlipan mata yang menahan titisan hiba, mungkin boleh menitis bila-bila masa.

Hasya....mengangguk perlahan dan hanya mampu mengukir senyuman. Senyuman yang dikuatkan. Senyuman keredhaan dan senyuman yang penuh kepasrahan.

“Itu satu lamaran yang tidak mungkin saya tolak Ziyad.”sambungnya.

“Siapa dia? Siapa lelaki bertuah itu?” Ziyad bertanya.

“Untuk apa awak nak tahu?” balasnya.

“Persis apa lelaki itu dan bagaimana dia berjaya membuka pintu hati awak.” soalnya bertubi-tubi.

"Dia tidak membuka pintu hati saya Ziyad malah Allah menggerakkan hati ini untuk menerima lamaran itu," jawabnya.

Terngiang-ngiang di benak Ziyad akan apa yang dikatakan Hasya sewaktu melamarnya bulan lalu. Tiap bait kata yang keluar daripada mulut Hasya berlegar-legar di fikirannya dan saat itu juga mutiara jernih laju menuruni pipinya. Dia benar-benar lemah dalam pencariannya. Betapa hati lelakinya tidak dapat menopang perasaannya tika ini.

“Cinta tidak harus memiliki”… kalimat keramat bergema.

Tiba-tiba madah cinta itu menerobos masuk ke corong telinganya lantas mendongakkan kepalanya. Suasana bilik yang malap membuatkan dia sukar untuk melihat dari mana datangnya arah suara itu.

Dia terkejut apabila bahunya di sapa. Rupa-rupanya Aril Irham, sahabatnya.

“Tengku Ziyad Zulkarnain Bin Tengku Zaa'rim,” Aril menyebut nama itu dengan penuh maksud tersirat lalu menyambung katanya.

“Untuk apa ditangisi pada jodoh yang belum pasti?,”katanya lagi.

"Aku terlalu mencintainya Ril. Justeru itu, aku melamarnya namun lamaran ku di tolak,"hiba.

"Lamaran ditolak bukan bermakna dunia kau sudah gelap Ziyad,ada insan lain mungkin menantimu,"nasihat Aril.

“Namun tidak sama dengan bunga yang satu ini,” Ziyad berkata lagi dalam lirih suaranya.

Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir, membasahi pipi. Semakin lama, semakin deras. 
Suasana bilik itu kembali kaku seketika. Hanya keheningan menggamit suasana.

"...aku...aku merasakan tidak sekuatnya Ril," Ziyad kembali bersuara memecah kesunyian. Suaranya serak dan tersekat-sekat menahan esak tangis. Sungguh berat dirasakan ujian yang menimpa dirinya.

"Allah itu tidak jauh, bahkan sungguh dekat…Bukankah dia sudah berjanji akan bersama-sama dengan mereka yang sabar...." Aril menerangkan lagi agar sahabatnya itu tenang setenang air di lautan Hindi.                

***Setahun yang lalu ***

Tengku Ziyad Zulkarnain terpana akan kecomelan dan kecantikan gadis di hadapannya. Dalam hatinya terdetik, comel sungguh bidadari depan aku ini. Tersenyum-senyum dia mengingatkan sebaris ayat itu.

Hasya memandang lelaki dihadapannya itu, Kacak juga lelaki ini. Pelajar ke Pensyarah ni? Kalau pelajar boleh aku 'tackle'. Ya Allah apa yang aku merepek ini.

Hasya menghadiri satu sesi temuduga untuk melayakkan dirinya dipilih sebagai ahli dalam berpersatuan, baginya di Universiti bukan sahaja menimba ilmu akademik malah sahsiah juga perlu untuk melatih diri agar lebih yakin dan berkemahiran.

"Nampak keseriusan Encik ni.. Apepun akak yang sebelah dia sangat comel dan lembutnya berbicara. Dia perkenalkan dirinya sebagai kak Ara.

Alhamdulillah, lulus temuduga dan aku diterima masuk. Di sini aku mula belajar kesibukan dan keluarga inilah yang mewarnai kehidupanku seperti teddy bear tujuh warna pelangi impianku.

Sambil tergelak menuturkan bicara ini.

“terkadang CINTA itu ibarat matahari, sentiasa membara dan menyinar..kadang -kadang pula CINTA  itu seperti awan mendung pasti melanda..CINTA di ibaratkan seperti bulan, 
banyak yang mengatakan bulan itu indah..tapi kenyataannya ia tidak seindah itu. 
Kadang-kadang pula CINTA itu seperti bintang-bintang indah berkerlipan di malam hari..tapi sayang ia jauh di langit sana...CINTA juga ibarat 
pelangi indah mewarnai hari-hari bersama”,Hasya amat meminati dunia penulisan 
sedari dia menginjakkan kaki ke sekolah menengah sehinggalah sekarang.

“Saat berprogram itu indah,"
Bait-bait ini sering ku tuturkan kerana kenangan itu akan tetap kukuh tersimpan di sanubari dan lubuk hati yang dalam.

Kisah menggugat hati bermula di sini…

Dalam diam mengagumi kredibilitinya bekerja. Walau dia juga pelajar namun dia tetap amanah 
dengan kerjanya. Malu itu bunga diri dan itu tetap ku sematkan dalam diri ini. Selayaknya juga 
wanita,malu untuk aku bertegur sapa dengannya. Namun setelah mengenali aku tahu persis lelaki ini. Menara gading saksi pertemuan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun.CUTI SEMESTER pun bertamu.

***FEBRUARI 2016***

Akhirnya cuti semester melabuhkan tirainya. Tirai Semester Enam di Tahun Akhir Pengajian menjengah menampakkan sosok dirinya. Aku kembali ke kolej bagi meneruskan sesi 
kuliah ku yang terakhir bagi menamatkan pelajaranku.

 “Hai Hasya,” Zulaikha sahabat ku sedari tahun pertama pengajian menyapaku.

“Aku menoleh ke belakang lalu tersenyum lantas memeluknya dengan erat”. Seperti sudah lama tidak bertemu bagaikan tiga tahun lamanya tidak berjumpa dengan si genit ini.

Aku bersama Abah menjemputnya di lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA).

Alhamdulillah kami masih di beri peluang mendapat penempatan di dalam kampus. Kuliah kami pun bermula dan masa senggang kami tetap di isi dengan tugasan kumpulan dan segala bentuk program. Hiburan hanya pada gurauan senda dan hilai tawa.

Pada suatu saat bila salah seorang lemah dan tidak mampu meneruskan, sahabat inilah yang
 mendukung semangat agar ia bangkit.

"Amni bangunlah dan bangkitlah semula, perjalanan kita masih jauh yang menuntut semangat yang tinggi untuk memperjuangkannya," Lia memberikan kata-kata berbaur semangat.

“Aku dah tak mampu,”. Katanya dalam tangisan bergema.

“Kau mampu kerna adanya kami,” Aku menyampuk sambil menenangkannya. Zulaikha juga menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Setelah keadaan kembali tenang, kami berlalu menuju ke kafe bagi mengisi perut yang sedari tadi 
berkeroncong minta di penuhkan. “Ibarat kereta yang tersengguk-sengguk kehabisan petrol”…

Subuh menjelang….

Ku nikmati udara segar, Subhanallah begitu menyejukkan. Ku hela nafas panjang agar udara itu
 meresap ke dalam tubuhku. Setelah usai mengerjakan perkara wajib, aku terus sahaja bersiap untuk
 ke medan ilmu.Syahid kecil dalam pencarian ilmu.

…Ketika menunggu bas…

“Assalamualaikum Hasya,saya nak jumpa awak,” Satu pesanan melalui “whatsapp” ku terima. 

“Waalaikumusalam, selepas kelas saya jumpa awak,” pesanan itu terus ku hantar.

Kegusaran melanda hati berdebar-debar, entah mengapa ku rasakan seperti itu. Kelajuan hantung tak usah cakap, laju semacam jer... Namun aku perlu menjaga batasku kerana aku sudah bergelar tunangan orang.

***Sebulan yang lalu***

Aku menerima panggilan telefon daripada ibu.

“Assalamualaikum anak ibu,”.Ibu menyapa ku dengan salamnya.

“Waalaikumusalam ibu,”. Jawab ku dengan nada gembira.

“Esha sihat?’. Tanya ibu membahasakan nama manjaku.

“Sihat bu, ibu pula?” jawabku dengan pertanyaan juga.

“Ibu sihat, sebenarnya Esha, ibu ada benda penting nak beritahu kat Esha ni.” Nada ibu sungguh-sungguh.

“Benda apa ya bu?” Di benak ku penuh tanda tanya.

"Ada satu keluarga yang baik datang ke rumah berhajat untuk memetik Esha buat putera mereka.
katanya dah berkenan sangat dengan Esha.”Ibu maklumkan padaku. Ibu menyambung lagi.

“Ibu dan Abah dah setuju dan mereka ada meninggalkan tanda.”Jelas ibu.

Esha dengar ibu tak? Esha terima ya nak. Ibu lihat keluarganya  juga baik-baik belaka. Mohon ibu.

Jantungku seolah-olah terhenti. Nafasku tersekat-sekat. Kenapa ibu menerima tanpa berbincang denganku terlebih dahulu. Ini menyangkut masa depanku.
Tanpa ku sedari air mataku mengalir,empangan punah, tidak dapat ku seka.

"Ibu, apa yang terbaik buat Esha, Esha terima bu," aku menguatkan diri apabila mengeluarkan kata-kata yang sungguh berat untuk ku luahkan.

“Terima kasih nak, Esha anak yang baik,Jun depan dah majlis, kata pihak lelaki nak majlisnya 
dipercepatkan tak sabar menerima menantu katanya.”kedengaran suara riang ibu di kejauhan,

“Jun depan??” blurr….blurr..blurr…

Malam itu mataku tak dapat ku lelapkan. Cinta dalam diamku terpaksa ku kuburkan. Maafkan aku Ziyad kerana cinta ini tidak dapat untuk ku luahkan. Biarlah ia tersemat kukuh di lubuk hati yang dalam.

 Istikharah… Ya Istikharah perlu ku lakukan demi mencapai sebuah keputusan besar dalam hidupku.
Lantas..aku bangkit dari kamarku…

Aku mencapai telekung lalu sejadah ku hamparkan.

Aku menunaikan solat sunat istikharah. Kekhusyukan ku perlukan tika ini.

Solat sunat pagi ini aku masih terbawa-bawa dengan perasaanku ,sayu,rindu,bercampur baur beberapa kali menitiskan air mata. Betapa berat ujian ini 
Ya Allah.

Usai solat ku menadah tangan berdoa..

“ Ya Allah aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMU, aku mohon
 ditakdirkan yang baik  dengan kudratMU,aku mengharapkan kurniaMU yang besar,Engkau maha
 kuasa dan aku adalah hambaMu  yang dhaif. Engkau maha tahu semua yang ghaib dan yang 
tersembunyi. Ya Allah jika hal ini (jodohku) adalah baik bagiku, bagi agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa akan datang,takdirkanlah  dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku
 berkah daripadanya. Tetapi jika dalam ilmuMU hal ini (jodohku) akan membawa bencana bagiku 
dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa
 akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.” Amiin…
(Hasya menangis sendu dalam doanya..Air mata itu tidak dapat dibendung lagi…)

Jam menunjukkan ke angka 9, Hasya bergegas ke dewan kuliah. Selesai kuliah dia terus ke perpustakaan. Pagi hingga ke petanf harinya diisi dengan kesibukan bagi menyiapkan Latihan Ilmiahnya. Menjelang senja, dia kembali ke kediamannya seperti rutin hariannya.

Selesai solat maghrib. Dia duduk di birai katil lantas terfikir akan perkara itu.

“Ya Allah, betul kah itu jawapan istikharah ku.”

Dia melakukan istikharah tiga hari berturut-turut dan jawapan yang sama dalam istikharahnya. Adakah itu petanda terbaik buatnya? 

Dengan kekuatan yang dia ada, dia mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat dial.
 Dia menelefon ibunya di kampung.

Belum sempat memberi salam ibunya terlebih dahulu bersuara dan memberi salam.

“ada ape anak ibu telefon malam-malam ni?’

“Tak boleh ke bu,” jawabku seumpama merajuk hati.

“bukan macam tu, anak ibu ni kan sentiasa sibuk mengalahkan menteri,” ibu berseloroh. Terdengar
 tawanya di corong telefon.

“Ibu, Esha balik hujung minggu ini untuk persiapan perkahwinan Esha,”. Kataku penuh yakin.

“Betul ni?” Tanya ibu meminta kepastian.

“Perkahwinan Esha, biarlah Esha bertanggungjawab bu, inilah hadiah buat ibu dan abah.”

“Terima kasih Esha, ibu yakin dia lah pilihan terbaik buatmu nak yang akan membimbingmu ke
 syurga Firdausi.” Sebak suara ibu menahan tangis.

 “Tak lama lagi anak ibu ini dah jadi milik orang, tak boleh lagi manja-manja dengan ibu tau,” ibu mengenakan aku.

Berlinang air mataku. Betapa aku akan menamatkan zaman bujangku di usia muda. Periuk kuali
 belum benar-benar ku kenal apatah lagi masakan-masakan belum sempat ku khatam daripada ibu.

Selepas mengetahui aku telah menerima lamaran orang lain, Ziyad langsung tidak kelihatan. Adakah dia membawa rajuk di hati? Di manakah dia berada kini? Hanya
 kemaafan ku pinta atas penolakkan itu Ziyad. ini juga jawapan istikharahku untuk menerima lamaran tersebut. Hatta aku pun tidak pernah bertemu dengan 
lelaki tersebut.

*** Pulang ke kampung***

 “Anak perempuan abah dah balik,” sapa abah kepada ku lantas ku menyalami tangan tua itu.

Aku lalu menuju ke dalam rumah mencari kelibat ibu. Nun di sana ku lihat ibu sangat sibuk menyusun atur pelaminan indahku.Ibu memahami citarasa ku.Ibu insan yang gembira tika ini.

Aku menghampiri ibu. Lalu memeluknya. Terperanjat ibu. Namun ibu membalas erat pelukanku.

*** Hari Pernikahan***

Aku merasakan debaran kian memuncak. Mak andam mendandan rias wajahku juga tak senang
 duduk apabila aku pusing sana pusing sini.

Esha tenang- tenang bole tak? Sikit lagi nak siap ni, tak ke mana juga bakal suami kamu tu,”
 tersenyum-senyum Mak Cham mengenakan aku.

Aku menarik muncung sedepa. Merajuk…

Ibu masuk ke bilik ku. Lalu ibu mendekatiku. Anak ibu ni dah besar panjang rupanya. Esha ,ingat pesan ibu, jadi isteri yang baik, dengar kata suami selagi tidak melanggar syariat, jangan derhakainya ya nak.

Mendengar nasihat ibu,bergenang air mata di kelopak mata ku.

“In shaa Allah bu,Esha akan pegang nasihat ibu.” Kataku mengulum senyum.

Terdengar riuh suasana di ruang tamu rumah. Sepertinya rombongan pihak lelaki telah bertandan. 

Aku duduk di pelaminan nikah sambil ditemani sahabat-sahabatku. Sedarinya aku tidak memandang sekeliling kerna kegalauan hati tika ini.

Sayup-sayup aku mendengar suara abah bergema  mewalikan aku.

"Aku nikahkan akan dikau dengan anakanda ku Hasya Aurora Binti Hashim dengan mas kahwin senaskhah al-Quran,".

“Aku terima nikahnya…” lelaki itu melafazkan akad.

Lafaz Ijab dan Kabul dilafazkan kesekian kalinya dengan sekali lafaz.

Kini sah sudahlah aku bergelar isteri buat suami ku baru beberapa minit lalu.

Aku melihat lelaki itu datang dekat menghampiriku. Tangannya di hulur lantas ku menciuminya. Dia memegang dagu ku dan lalu ku mendongak dan tika itu aku tidak mampu berkata sepatah apapun
 kerna di hadapan ku ini… suami ku ini adalah insan yang amat ku kenali. Benarkah dia? Mata ku 
tidak menipu?...atau seseorang persis si dia?

“Terima kasih Isteriku, menerima diri ini menjadi imammu,” Ziyad memegang ubun-ubunku dengan penuh kasih.

“Macam mana awak boleh ada di sini, saya menerima lamaran orang lain?”. Tanyaku penuh 
kebingungan.

“Lamaran keluarga awak terima adalah lamaran dari ummi dan abi,” dia memberi pengertian 
padaku.

“Allahuakbar, ummi dan abi adalah ibubapa awak Ziyad? Air mata ini tumpah membasahi pipi. Ini air mata kegembiraan. 

“Selepas sayang tolak lamaran abang, abang sangat sedih dan tidak mampu berbuat apa-apa, namun abang mendapat perkhabaran bahawa ummi dan abi telah melamar seseorang terlebih
 dahulu buat abang, dengan rasa kecewa ketika itu, abang bersetuju sahaja dengan tindakan ummi dan abi, dan pada hari ini barulah abang mengetahui isteri abang ini adalah awak Hasya Aurora orang yang abang amat cintai. Abang bersyukur Allah mendengar doa abang. Dia menganugerahkan hadiah terindah.. iaitu awak sebagai suri hati abang Hasya.” Ziyad menutur bait kata-kata dengan penuh keikhlasan sayup-sayup menerjah ke pendengaranku.

“Terima kasih ya Allah atas jawapan ini, buat ibu abah ummi dan abi  anakanda hulurkan jutaan kasih sayang.. buat abang… Benar  si dia(Ziyad) jawapan istikharahku.

Ziyad...memegang erat tanganku. Di jari ini lah tersematnya cincin tulus kasihnya..namun di hati ini
 telah terbit kasih dan sayangnya. Dialah zauj ku pemimpin ku ke syurga abadi.
 In shaa Allah…
*** suasana gembira menyelubungi***

TAMAT




Thursday, 11 June 2015

AKU MASIH DI SINI


Terpanggil untuk aku melakar sebuah sajak...Sajak yang ku beri tajuk 
AKU MASIH DI SINI

Aku masih berdiri di sini
menanti atau terus berlalu pergi??
Aku masih duduk di sini
menanti sebuah sinar harapan
aku masih dan masih berteduh di sini
namun kesamaran yang masih tidak jelas kelihatan
haruskah aku menanti dan terus menanti???
haruskah aku pergi???

Aku masih berada di sini
membuat bekal untuk di sana nanti
namun kenapa kesamaran yang ku temui??
Di manakah kejelasan yang harus ku terima??

Pergi...
adakah itu pengakhirannya??
adakah itu penyelesaiannya??
adakah itu perlu di lakukan??

Perlukah aku menangis??Perlukah aku bersedih??
Perlukah dan perlukah??
Jangan biarkan diri
 di tinggalkan dengan penuh persoalan
Ibarat d gantung x bertali...

untuk setiap persoalan
adakah tidak perlu jawapan??
susahkah untuk memberi sedikit jawapan??


Tinta dari Hati : Nasha




Thursday, 2 April 2015

TEWASNYA SEORANG PROFESSOR DI TANGAN MAHASISWA

 
 
Sudah lama kiranya aku tinggalkan dunia blogger.. namun akhirnya aku di beri kesempatan untuk menulis dan berkongsi ape yang bagiku terbaik buat diri dan kalian....
Di sini, kupetik garapan dari seorang blogger ramlanramli.blogspot.com... kisahnya amat menarik minatku untuk terus membaca dan berkongsi...

..kisah... TEWASNYA SEORANG PROFESSOR DI TANGAN MAHASISWA...

Seorang Profesor dari sebuah universiti terkenal menyoal mahasiswa-mahasiswanya dengan pertanyaan ini, "Adakah Tuhan menciptakan segala yang ada?".
Seorang mahasiswa dengan berani menjawab, "Betul, Dia yang menciptakan semuanya".
"Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi.
Ya semuanya,'  kata mahasiswa tersebut.

Profesor itu menjawab, "Jika Tuhan menciptakan segalanya, bererti Tuhan menciptakan Kejahatan. Kerana kejahatan itu ada, dan menurut prinsip kita bahwa perbuatan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita boleh menganggap bahwa Tuhan itu adalah kejahatan".

 "Mahasiswa itu terdiam dan tidak mampu menjawab hipotesis professor tersebut. Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahwa sekali lagi dia telah membuktikan bahawa Agama itu adalah sebuah mitos.

Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, "Professor, boleh saya bertanya sesuatu?".

"Tentu saja," jawab si Profesor,

 Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, "Professor, adakah dingin itu ada?"

 "Pertanyaan macam apa itu? Sudah tentu dingin itu ada. Kamu tidak pernah sakit flu?" Sindir si professor diiringi tawa mahasiswa lainnya.

Mahasiswa itu menjawab, "Kenyataannya sir, dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah ketiadaan panas. Suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi diam dan tidak boleh bergerak pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas."

Mahasiswa itu menyambung soalan, "Professor, apakah gelap itu ada?"

Profesor itu menjawab, "Tentu saja itu ada."

Mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi anda salah, sir." "Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, gelap tidak." "Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna. Tapi Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa intensiti cahaya di ruangan tersebut. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."

Akhirnya mahasiswa itu bertanya, "Profesor, apakah kejahatan itu ada?"

Dengan bimbang professor itu menjawab, "Tentu saja, seperti yang telah kukatakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari di berita dan TV. Banyak perkara jenayah dan kekerasan di antara manusia. Perkara-perkara tersebut adalah manifestasi dari kejahatan."

Mahasiswa itu pun menjawab, "Sekali lagi Anda salah, profesor." "Kejahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan. Seperti dingin atau gelap, kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tidak menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih Tuhan dihati manusia. Seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya."

 Profesor itu pun terdiam.

Tahukah Kalian siapa mahasiswa tersebut??
dia adalah Albert Einstein..

Thursday, 23 October 2014

50 sen itu bernilai


Hati ini terpanggil lagi untuk mencoret di laman ini setelah sekian lama ku  biar sepi tanpa coretan.Saya nak citer KISAH 50 SEN...Dahulu tau x 50 sen tue sgt2 bernilai..nak beli kuih pun dah dpt bnyk kn..Namun zaman milenium sekarang susah nak cakap..sedangkan 50 henggit pun x ckup nak mnyara hidup seminggu...( tiba2 mata ini berkaca)


nampak tak duit tue..bagi anak-anak kecik ianya sangat2 bernilai...nak di jadikan satu citer..semasa saya berada di sekolah menengah...

kriiiiiigggggg....kriiiinnnggggg
(lonceng berbunyi menandakan waktu rehat)

suasana di kelas....(semua pelajar dah kuar nak mengisi perut yang dah nak mintak diisi)
Namun di satu sudut..aku melihat seorang rakan ku langsung x berganjak dari tempat duduknya..Seringkali aku perhatikan namun hari ini hati ini tergerak untuk bertanya..
"Alia... kenapa x ke kantin? Awak x lapar ke?"
'Tak' (jawabnya ringkas namun mata memandang ke arah lain)
Kenape x rehat???

dia memandang saya penuh kesayuan...
'MAK saya beri saya hanya 0.50 sen sehari Rania. Kat kantin hanya dapat beli "sosej" satu jer.. Malu la Rania beratur panjang2 tapi dapat beli sosej jerrrr.... Dan saya ambik inisiatif lain..sya kumpul duit hari ini utk makan hari esok... dan saya dapat la makan sosej dan air 50 sen..(lalu Alia tertunduk malu)

Perasaan saya bercampur baur..sedih..hati saya sebak.. di zaman moden ini..ada lagi rakan saya yang membawa 50 sen ke sekolah... Ramai yang dari kita memandang 50 sen itu nilainya kecik..tapi tidak bagi rakan saya ini..begitu besar ertinya..

Jika Alia kumpul duit hri ini utk hari esok..maknany hari jumaat Alia x ke kantin la ye..Jawabnya iya..  "saya akan simpan utk tabungan saya..lama-lama menjadi bukit kn Rania...

sungguh mata saya berkaca..tubir mata itu pecah juga akhirnya...saya menangis di hadapannya..betapa dia sangat menghargai sebuah kehidupan..walau dia lahir dari kalangan susah namun dia tidak pernah menyusahkan orang lain...

Lalu saya mengajaknya ke kantin..katanya tak nak..tapi saya katakan ini sebagai tanda terima kasih saya padanya..Saya dapat belajar sesuatu darinya...

Duit bukan segalanya..namun nilai duit itu dan di mana kita belanja kan ia...
Saya bersyukur dipertemukan dengan dia agar ringan tangan ini menghulurkan sedekah walau hanya sekadar senyuman...

p/s : cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa..watak yang diwujudkan untuk menampakkan gambaran cerita itu.....

Monday, 20 October 2014

MeWaNgI




Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Wooohoooo

Jadikan malamku…. lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya



p/s : favourite song 

Diari Kehidupan Insan

 
 
 
Diari Kehidupan Insan
Begitu kelam malam yang suram,hatiku luluh dalam titisan air mata,melihat dirimu berjasad kaku,kelopak mataku mula menangis,saat terbayang ukiran senyumanmu,dihiasi tirai pelukan cintamu.........wahai mutiara insan,engkau membesar umat dunia,tanpamu manusia binasa sengketa,semuanya lapar,dahaga,letih merana....
Dulu..........saatku mula menangis engkau mengusap kepalaku,saatku ingin dilayar mimpi kau biarkan ku terlena di sisimu,sanggup dirimu berjaga malam,menemani diriku ditangisan malam,tepukan lembutmu menyambung semula mimpi indahku,saatku mula mengerti dunia,engkau mengajarku satu persatu,abjad terawal hingga terakhir,nombor 1 hgga 10,dari alif hgga ya,dari perkataan ke perkataan,bermula aturan susunan ayat,hingga karangan sempurna,senyuman gembira terukir dibibirmu...........
Ketika mana mula menjejak langkah,menghadirkan diri ke alam persekolahan,engkau mengejutku agar bersolat,engkau siapkan pakaian untukku,sarapan terhidang hasil keringatmu,ku lahap semuanya bersama kesyukuran,kau iringiku melangkah ke sekolah,memegang tanganku selembut kasih saying,tidak kira panas atau sejuk,terik@hujan,kau pegang tanganku dari rumah ke meja kelas,engkau pergi bersama doa,tinggalkn aku utk bljr,dtg smla mjmputku plg,walaupun letih menyaluti tbuhmu............
Aku temuduga alam remaja,sedikit demi sedikit memahami dunia,engkau menyokong dari belakang,aku terus maju ke hadapan,engkau membimbing setia di sisiku,aku menyahut setulus ikhlasku,tapi krna skp brubh,setitik demi setitik hatiku bertompok hitam,aku mula berubah..........
engkau bimbang akan diriku,aku langsung tidak mempedulikan mu,aku mula terikut rakan,aku mula tinggalkn rumah,aku mula kehilangan adab,terjebak dalam kehinaan,di belenggu hasutan syaitan,padahal ketika itu,engkau menangis siang dan malam,lantas mengucap kalimah ampun,dalam doamu kau ampuni aku,aku langsung tidak tahu...........
sedang aku bergembira,memikirkan keindahan perhiasan dunia,terbaca risalah rintihan seorang ibu,aku menghayati satu persatu,makin di baca makin sayu,makin dihayati makin pilu,terasa sesuatu di benak kalbuku,terbayang daku raut wajahmu,wajah suci berkulit bersih,berpakaian telekung serba putih,dalam mimpiku engkau hadir,melafazkan ucapan di lorong hatiku............
anak ku..ibu merinduimu,ibu amat mengasihimu...pulanglah ke pangkuanku,rasailah sesuap air tangan ibu,selesalah tidurmu dalam usapanku,bangun lah bersama suara ibu,anak ku.........ibu sudah tua,dari kecil ibu membelaimu,ibu rindu ucapan sayangmu,ibu rindu ukiran senyuman mu,ibu rindu kelembutan tanganmu,ibu rindu suara manjamu,kembalilah........kembalilah kepada ibu........”
satu malam ibu kunjungi jiran,menolong menyediakan ketupat raya,dihidangi juga rendang yang kusuka,engkau jahitkan baju untuk ku,mengharap ku pulang memakai pakaian baru,walaupun bertahun2 kau ulangi perkara yg sma,mengharap aku pulang bersama,walaupun bertimbun baju baru,baju yang masih berbau wangi,engkau tetap menjahit baju baru,semata2 menunggu ku pulang,jiran menyifatkan anak mu ini jahil,engkau membelaku seperti ku di sisi,jiran memaki anakmu ini,engkau menafikan semua itu,semuanya kerana aku anakmu yg tidak pernah pulang menjenguk ibu,tapi kau pertahankan aku,seperti aku sedang memeluk anggotamu.....
aku tersedar dari bayangan,ingati semula kayangan indah,sinaran wajahmu terangi malam,harum mewangi kelilingi mahligai,bulan purnama kembali suram,menambah luka terulit duka,aku ingati kesalahanku,aku sesal perbuatanku,menjauhi ibu mendekati nafsu,sudah lama tidak mendengar suara ibu,suara yang mengejutkan aku,suara yang memujuk,suara yg pnh bersyair sebelum tidurku,sudah lama aku tdk melihat ibu,dari rmja hgga bkerja,apakah ibu sihat@sebaliknya............
perasaan hiba menemani aku,dalam perjalanan pulang menuju ibu,tidak terasa perlahan@laju,juga pandu @pun tdk,segalanya keranaku merindui ibu,aku mula mencari halaman di situlah kenangan bersama ibu,terpandang kiri & kanan,aku dikelilingi ingatan lalu,sawah itu ku ditemani ibu,sungai tu ku ditemani ibu,pohon itu ku ditemani ibu,tiada tmpt lain yang tiada ibu,ibu bnr2 menyayangi diriku...........................

p/s: menyelami hati insan yang memerlukan kasih sayang IBU..memahami hati insan yang perlukan belaian ibu..ayuh sayangi ibu kite selagi ibu masih bersama kita..yang jauh..balik la menjenguk ibu..yang dekat jangan lah mnyakiti ibu...

rindu mama yang berada di kampung....